
Hi dan hello. Saya hendak berbahasa ibunda. Terima kasih kerana memahami.
Untuk sekian kalinya, saya ingin memberitahu anda semua bahawasanya saya berada dalam kondisi yang baik-baik saja. Jangan risau la ye walaupun sebenarnya korang memang tak pernah kisah pon. Hehe. Sudah lama ye saya tidak meng-update blogspot saya ini. Maaf lah ye. Sibuk lah dengan tugas harian yang semakin hari semakin bosan. Mungkin ada diantara anda semua sudah tahu bahawa saya kurang berkenan dengan sikap manager saya. Ya, dia lah sebab utama saya makin menyampah nak kerja. Tapi saya tetap kuatkan semangat malah menebalkan kulit telinga untuk terus bekerja. Kerana, dia gemar menjerit. Buat saya sakit telinga dan juga sakit hati kadang-kadang. Dan saya, saya lah “favourite person” dia. Dan dia juga lah “favourite person” saya. Faham-faham lah ye maksud “favourite person” tu.
Saya mengidam nak shopping. Betul, tak tipu. Saya juga tidak sabar nak dapat gaji untuk bulan ini walaupun saya tahu jumlahnya pasti tidak lumayan seperti bulan lepas :( Ini lah kekurangan kerja di kedai makan. Kerja bagai nak rak, tapi gaji macam tu je. Kalau jadi promoter, kerja senang je, berdiri dan layan kalau ada customer. Senang dan gaji pula lebih mahal. Tapi itu lah, keluarga tak benarkan saya menjadi promoter -.- ‘ Untuk gaji bulan ini, saya sudah tahu hendak beli apa. Beli apa yang perlu saja. *yeah, macam la boleh :p* Harap-harap lah nafsu tak membuas. Haha :D
Ohh dan seperti yang satu Malaysia sudah ketahui, keputusan SPM sudah keluar pada 11 Mac 2010. Dan saya telah mendapat keputusan yang agak hmmm okay lah bagi orang yang study last minute dan banyakkkkk main macam saya! :D Tapi saya agak kecewa dengan Sejarah dan Mathematics saya. Haihhhh =.= Takpa, benda dah lepas kan. Looking forward je lah. Hmm, saya sudah mengemaskini UPU saya dan saya sangat-sangat berharap supaya saya dapat local University. Nak! Nak! Nak! :( Course apa saya pilih? Hurmm ada lah. Malas nak beritahu sekarang. Once dah dapat, baru lah beritahu. Heeeee :)
Okay lah sampai di sini saja lah. Hampir pukul 3 pagi sudah. Esok mahu kerja lagi. Nak jumpa favourite customer dari South Africa. Esok hari terakhir dia di Malaysia dan dia sudah berjanji sama saya yang dia mahu jumpa saya sebelum dia berangkat ke South Africa. Baik lah, selamat malam dan mimpi indah ye!.Tata.
No comments:
Post a Comment