Friday, March 18, 2011

I was enchanted to meet you


Hai semua. Selamat hari Jumaat. Penghulu segala hari :)

Hari ini saya bebas daripada kelas. It's a bit relaxing okay. Saya memang perlukan rehat sangat sangat. Assignment subjek Principle of Marketing benar-benar memberi tekanan kepada diri dan minda saya. Tetapi Alhamdulillah, berkat kesabaran saya, akhirnya assignment tu sudah pon dihantar semalam. Semoga lecturer terima seadanya dan memberi markah yang terbaik buat kumpulan saya. hihi ;p Oh assignment tidak berhenti setakat itu sahaja. Malah, saya masih lagi mempunyai 3 Case Study yang perlu diselesaikan, 1 assignment untuk subjek Travel agency, 1 report untuk subjek Front Office. Syukur semuanya kerja berkumpulan so mungkin beban akan berkurangan. MUNGKIN je. Haih. Oh tidak cukup dengan assignment yang berlambak, ditambah pula dengan 5 test yang saya akan hadapi pada minggu ini iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu. Rasa tak pressure yang sedang saya rasa nie? Rasa macam nak mati. O.O Semoga minggu depan berlalu dengan pantas, *Amin.

Minggu ini saya tidak pulang ke rumah memandangkan minggu lepas sudah pulang dan disebabkan kerja yang sangat banyak seperti yang yang dinyatakan diatas. Tak apa, ini dinamakan satu pengorbanan. Hehe :p Oh ye, perasan tak saya sudah tukar layout blog saya? Ini pula dinamakan nafas baru. Kehkeh. Ehem, bagi sesiapa yang ingin follow blog saya yang tak seberapa nie, sila lah. Nanti saya akan buat ruangan untuk blog-blog favourite saya. Nak buat sekarang, tapi malas. Tidur lebih penting bagi saya. Malam nie nak study pula. Kahkah :D

Baik lah, sampai disini saja. Beta mahu beradu dulu ye wahai rakyat jelata. Nantikan kemunculan beta semula. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di blog beta. Sekian, bye! :)

No comments:

Post a Comment