
Hi semua,
Hari ini hari yang memberansangkan..eh tak, menyeronokkan! Hihi :D Hari ini off day saya. Memang dah mintak awal-awal nak cuti hari Rabu. So, hari ini saya, Eyka, Nik, Bainun, Oja, Fadhli, Fudzael dan Ikhman berjumpa setelah agak sekian lama tak jumpa. Rindu je kat semua. Lagi lagi Oja dengan Nik. Bila dah ada Oja dengan Fudzael, memang gelak tak henti-henti lah kan. Tadi kami bercerita tak berhenti-henti. Terutama sekali yang perempuan-perempuan tu.
Bainun sangat baik hati. Dia belanja kami semua main bowling. We made a team. Saya team sama Fudzael, Oja and Bainun. HOYEAH team penuh semangat tapi last-last kalah dengan cemerlang! Hahahahaha :P Saya memang takda skill langsunf main bowling okay. So, saya main cincai je. Bawak bola pon macam model bak kata Fudzael. Haha. And the best part about our so called bowling tournament tu kan, ada one time tu masa saya nak baling bola tu dengan penuh berkeyakinan tiba-tiba bola kebelakang! Bukannya ke depan. Bapak la sumpah maluuuuuuuu -.- terus saya lari terduduk dan gelak gila babi. Dorang semua dah segan dah pastu gelak-gelak. Aduhhh nasib baik tak ramai orang masa tu.Keputusan perlawanan bowling, ehem ehem, team saya kalah dan saya juga markah paling sikit. Hehehehe :D Jumpa Nani, dia bagi Eyka, Bainun dan saya hadiah hari jadi. Awal kan dia bagi saya? Haha takpa, terima kasih jugak la Nani. Hari Sabtu nanti baru aku bukak ye :)
Selepas itu kami semua meneruskan perjalanan ke Pavilion. Jalan-jalan masuk kedai handphone survey handphone. Hehe. Lepas tu pergi Jom Jimat di KFC. Haaa ini la titik-titik noda bermula dimana Oja dan Fudzael sudah bergurau senda terlampau dengan Eyka sampai dia marah dan merajuk. Padan muka korang! Tu la tak reti jaga mulut lagi. Terus diam Eyka tau. Haih. Pandai-pandai korang la pujuk dia okay. Lepas itu, kami berjalan ke Parkson untuk berjumpa dengan Farna. Thanks for the eyeshadow and lip gloss Farna. Hehe :D Lepas jumpa Farna, saya, Nik dan Eyka berjalan ke Cotton On dan Forever 21. Saja nak survey barang. Gaji pon on the way kan. hihi. Oh sementara Bainun, Oja, Ikhman, Fudzael dan Fadhli duduk lepak kat mana tah lupa.
Jadi, begitu la aktiviti saya pada hari ini. Saya sangat happy. Hihi ;p Bila la nak lepak ramai-ramai lagi? Eyka dah boleh drive. Mungkin kami akan plan something untuk pergi ke satu destinasi dengan kereta dan pemandunya adalah Eyka. Tak sabarnya! :D
Saya ada azam. I’ll change myself. You just wait and see. But err nothing much lah. hihi :]
Okay sudah. Bye bye dan selamat malam semua.
p/s : sorry for being a lil bit poyo this night :D
No comments:
Post a Comment